Laman Web Dikemaskini ( 28/11/2008)  








Majlis Daerah Machang
JKR Kelantan
Jabatan Penerangan Machang
Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

UiTM Machang
Universiti Malaysia Kelantan
Politeknik Kok Lanas
Pelancongan Kelantan

Guillemard Bridge

Jambatan keretapi "Guillemard" dibina merentasi Sungai Kelantan di Kursial dekat Tanah Merah.Jambatan Keretapi Guillemard ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Jambatan keretapi ini dibina dalam tahun 1920 dan siap dibina pada bulan Julai 1924. Pembukaan jambatan ini adalah untuk laluan keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. Ia telah  dirasmikan oleh KDYMM Al- Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama "Guillemard" adalah mengambil sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard.

Walau bagaimanapun, jambatan keretapi "Guillemard" ini telah musnah apabila diletupkan oleh tentera-tentera British untuk menghalang kemaraan tentera Jepun pada 12 Disember 1941 sebelum mereka berundur ke Kuala Krai.

Jambatan keretapi yang telah dirosakkan ini telah siap dibaikpulih dan dibuka kepada lalulintas pada 7 September 1948.

Dengan siapnya jambatan baru di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan lain. Ia  hanya digunakan untuk laluan  keretapi sahaja.

 

Halaman 1

-1-2-

Mutiara Kata
"Jika kita terus menyerah kepada ketakutan, bagaimana kita akan menghargai keberanian?

 

 

HRMIS

KPTG

JPS

JUPEM

 

 

Pekeliling JPA
Pekeliling MAMPU
Pekeliling PTG Kelantan
Pek.Perbendaharaan
Pek Pengistiharan Harta K/Tgn. Awam

 

PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini