Menara Masjid Pulai Condong yang kini merupakan suatu objek kemegahan tempatan, telah di bina oleh Hj. Ab. Samad b. Hj. Abdullah pada tahun 1856 (1273H).
Menara ini tingginya hampir 18 meter dan lilit luas 2.8 meter. Ditengah-tengah menara ini didirikan sebatang tiang (tidak berbumbung) sebagai paksi.
Menara ini dibuat secara bergotong-royong dengan menggunakan beratus-ratus orang lelaki. Perekabentuknya ialah Haji Abdul Samad sendiri. Semua bahagian menara ini diperbuat daripada kayu cengal batu dengan menggunakan beliong, kapak dan pahat sahaja. Keteguhan menara ini telah teruji apabila Kelantan dipukul ribut besar pada tahun 1880 (1297H). semua pokok-pokok kecil dan besar
disekitarnya tumbang bergelimpangan, tetapi dengan kehendak Allah menara ini sedikitpun tidak terjejas oleh tiupan angin taufan itu.
Menara ini masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan sebagai tempat bilal melaungkan azan sehingga sekarang. Ini merupakan suatu binaan sejarah yang amat penting yang memerlukan perhatian dan pemuliharaan.
PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dalam laman ini