Perutusan Ketua Jajahan Machang


gambar-ketua-jajahan

bismillah
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaan-Nya kita telah dilanjutkan usia melayari tahun 2017 dan sedang menjejaki tahun 2018. Peningkatan usia memberikan kita kekuatan dan keazaman untuk kita terus berbakti kepada-Nya demi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Bagi seluruh kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang khasnya dan jabatan-jabatan kerajaan di jajahan Machang sama ada Jabatan Negeri, Persekutuan serta Badan-badan Berkanun, sempena tahun baru 2017 ini, marilah sama-sama kita memperbaharui tekad untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi kesejahteraan untuk semua warga jajahan Machang dan keselesaan kepada pengunjung.

Bagi seluruh warga Machang, marilah kita sama-sama mengembeling tenaga untuk menjamin kesejahteraan semua, tanpa sebarang prasangka kepada mana-mana pihak supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semua kakitangan awam harus sedar bahawa budaya perkhidmatan cemerlang di semua peringkat jabatan adalah satu tuntutan kita sebagai penjawat awam dan tanggungjawab bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.

Dari itu, jadikanlah tahun 2017 ini sebagai langkah untuk meningkatkan usaha dan memperbaiki kelemahan-kelemahan dan membuat penambahbaikan untuk meneruskan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.
Justeru itu, marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran mendatang diharungi dengan azam dan keikhlasan yang sentiasa dituntut untuk diperbaharui. Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t. untuk melunaskan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada kita.

Mewakili seluruh kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan Berkanun di jajahan Machang, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2017 kepada seluruh warga jajahan Machang khususnya, dan rakyat Kelantan dan Malaysia umumnya.

Sekian.

HAJI MOHD ZAINUDIN BIN MOHAMED
Ketua Jajahan Machang

 

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • myGOV
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • SPA
  • myGov Mobile
  • Data
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat