Latar Belakang

Pejabat Tanah merupakan salah satu badan kerajaan yang berfungsi sebagai tempat untuk menguruskan semua urusan berkaitan dengan tanah sama ada bagi tanah-tanah persendirian, tanah yang dipunyai oleh Pihak Berkuasa atau tanah-tanah kepunyaan kerajaan. Bagi tanah kepunyaan kerajaan, urusan Pejabat Tanah ialah merancang pembangunan tanah, memberi pertimbangan kepada mereka yang memohon sama ada untuk bercucuk tanam, untuk pembangunan atau untuk kerja-kerja perlombongan. Bagi tanah yang telah diberimilik, urusan Pejabat Tanah ialah untuk merekod segala urusan jual beli, pajakan, gadaian, pusaka dan memastikan setiap tuan tanah membayar hasil tanah. Selain itu, tugas Pejabat Tanah juga adalah untuk memastikan setiap tanah yang diberimilik itu digunakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut syarat-syarat hak milik.

Di peringkat daerah dan jajahan ada beberapa jabatan yang menjalankan tugas pembangunan masing-masing seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, semua pembangunan itu adalah dibuat di atas tanah. Untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan satu-satu kawasan, maka Ketua Jajahan berperanan menjadi Pegawai Penyelaras terhadap sesuatu pembangunan tersebut. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memerlukan sebidang tanah untuk membangunkan sebuah sekolah. Maka, kementerian berkenaan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Jajahan untuk proses pengambilan tanah-tanah yang diperlukan. Sekiranya tanah tersebut adalah merupakan tanah milik dan jika tanah tersebut terkena kepada tanah kerajaan atau tanah negeri, maka permohonan yang sama hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jajahan. Seterusnya Ketua Jajahan akan memproses permohonan berkenaan dan setelah ia selesai, pemohon akan mendapat hakmilik terhadap tanah berkenaan.

Tag: Latar Belakang

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • myGOV
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • SPA
  • myGov Mobile
  • Data
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat